300,000 rakyat Malaysia berkunjung Thailand sepanjang cuti Deepavali

Seramai 3.7 juta pelancong Malaysia berkunjung ke negara berkenaan mulai Januari hingga September 2024. - Gambar hiasan

KOTA BHARU: Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka ke Thailand sempena cuti perayaan Deepavali bermula Rabu ini, menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Beliau memaklumkan jumlah itu hampir sama dengan musim cuti umum lain, dengan kebanyakan rakyat Malaysia masuk melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam yang bersebelahan Sadao di Songkhla, selain pintu Padang Besar dan Rantau Panjang.

“Yang penting, pastikan bawa dokumen lengkap termasuk insurans dan geran kereta asal untuk elak masalah,” katanya.

DISYORKAN : Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak

Mengikut data Lembaga Pelancongan Thailand, seramai 3.7 juta rakyat Malaysia telah melawat Thailand dari Januari hingga September 2024.

Ahmad Fahmi turut ingatkan pemandu Malaysia, termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi, agar memandu dengan berhemah di jalan raya Thailand sebab ada banyak aduan mengenai pelancong Malaysia yang langgar had laju.

“Kita tak nak ada kejadian tak diingini, sebab jalan di Thailand banyak pusingan U yang selalu digunakan oleh penunggang motosikal,” ujarnya.

Tentang cukai perjalanan sebanyak 300 baht (RM38.65) yang dirancang Thailand untuk pelancong asing tahun depan, Ahmad Fahmi berkata perkara itu masih di peringkat kajian dan pihak terlibat sedang menilai kesannya.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “300,000 rakyat Malaysia berkunjung Thailand sepanjang cuti Deepavali”

  1. […] 300,000 rakyat Malaysia berkunjung Thailand sepanjang cuti Deepavali […]

Leave a Comment