KUALA LUMPUR: Malaysia dah tak lagi ada dalam senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) untuk rakan dagang utama yang perlu diperhatikan berkenaan dasar mata wang dan makroekonomi.
Menurut laporan “Report to Congress – Macroeconomics and Foreign Exchange Policies of Major Trading Partners of the United States” bagi November 2024, Malaysia sebelum ni memenuhi satu daripada tiga kriteria dalam laporan terakhir pada Jun. Tapi kali ni, Malaysia tak lagi tersenarai.
“Bila rakan dagang utama penuhi dua daripada tiga kriteria bawah Akta Kemudahan Perdagangan dan Penguatkuasaan Perdagangan 2015 (Akta 2015), mereka akan dimasukkan dalam senarai pemantauan. Tapi, Malaysia dah tak memenuhi syarat tu, jadi dikeluarkan dari senarai,” kata laporan tersebut.
DISYORKAN : AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Akta 2015 ni sebenarnya mewajibkan Perbendaharaan AS untuk buat laporan setiap enam bulan tentang dasar ekonomi dan pertukaran mata wang rakan dagang utama mereka. Kalau ada negara yang penuhi tiga kriteria yang ditetapkan, mereka akan disiasat lebih lanjut.
Tiga kriteria yang dimaksudkan ialah:
- Lebihan dagangan dua hala dengan AS mesti sekurang-kurangnya AS$15 bilion.
- Lebihan akaun semasa material, iaitu sekurang-kurangnya 3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
- Intervensi berterusan dalam pasaran mata wang asing, selama sekurang-kurangnya lapan bulan dalam setahun, dengan pembelian bersih sekurang-kurangnya 2% daripada KDNK.
Dengan perkembangan ini, Malaysia kini bebas daripada pemerhatian rapat AS berkaitan isu-isu ni.
[…] Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang […]