Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dari hari ini hingga 1 Disember.
Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah daerah Hulu Terengganu, meliputi Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Kua, Kampung Kepah, Kampung Nibong, Kampung Tengkawang, dan beberapa kampung lain yang berada berhampiran Sungai Terengganu, Sungai Berang, Sungai Tersat, Sungai Telemong, serta Sungai Nerus.
DISYORKAN : Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Amaran ini susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan air sungai melimpah hingga paras bahaya. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
JPS memaklumkan, masa sebenar kejadian banjir bergantung kepada intensiti hujan di kawasan tersebut.
[…] JPS keluar amaran banjir, 40 kampung di Hulu Terengganu dijangka terjejas […]