KUALA LUMPUR: Enam syarikat Malaysia termasuk dalam hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa terlibat dalam sektor pembuatan di Rusia.
Antara syarikat yang tersenarai ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability), dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Oktober, Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS maklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu dikenakan sekatan kerana didakwa membantu Rusia dalam “perang yang dianggap haram.”
Menurut kenyataan tu, Jabatan Negara AS mengenakan sekatan ke atas lebih 120 individu dan entiti.
“Penyenaraian ni bertujuan nak menghalang usaha mengelak sekatan dan menyasarkan entiti dari beberapa negara ketiga, termasuk China, India, Malaysia, Thailand, Turkiye, dan UAE,” jelas kenyataan tu.
DISYORKAN : Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian
Semua sasaran tersenarai di bawah Perintah Eksekutif 14024 yang membenarkan sekatan terhadap aktiviti yang dianggap membahayakan oleh Kerajaan Persekutuan Rusia.
Kenyataan tu juga sebut sekatan ini menyasarkan pengeluar, pengeksport, dan pengimport barangan penting yang berkaitan dengan industri ketenteraan Rusia, seperti mikroelektronik dan item CNC yang termasuk dalam Senarai Keutamaan Tinggi Biasa (CHPL) seperti yang ditentukan oleh BIS Jabatan Perdagangan AS bersama dengan EU, UK, dan Jepun.
AS juga tegaskan mereka akan terus guna segala cara yang ada untuk menghalang sokongan terhadap industri ketenteraan Rusia dan sekat keupayaan Kremlin guna sistem kewangan antarabangsa untuk menjana dana bagi perang mereka terhadap Ukraine.
“Kami terus berdiri bersama Ukraine untuk pertahankan tanah air mereka dari pencerobohan Rusia,” kata kenyataan itu lagi.
[…] AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia […]
Ищите в гугле
chad gtp — это лучший способ автоматизировать задачи по созданию текстов.
добавить в текст воды онлайн — лучший способ взаимодействовать с искусственным интеллектом, попробуй уже сегодня!
Используй gpt openai chat, чтобы повысить качество текста и сделать его оригинальным.