KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM3.42 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pencapaian separuh pertama tahun ini mencerminkan satu lagi prestasi positif bagi kumpulan. Kata Novan, pencapaian CIMB disokong oleh kepercayaan pelanggannya, kerjasama dengan rakan kongsi dan pelaksanaan strategi yang berterusan di bawah pelan strategik Forward23+ CIMB, sambil kekal responsif kepada trend semasa. Baca Juga : Pancaragam Tentera Darat buka…
Read MoreAuthor: bbnjl
Pancaragam Tentera Darat buka tirai perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan
PUTRAJAYA: Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (Puzida) yang diketuai Kapten Mohd Rizuan Ramzi mendahului perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini. Dimulakan dengan perarakan Kontinjen Kenegaraan seawal 8.16 pagi, ia merangkumi pembawa Jalur Gemilang besar berukuran 80×40 kaki oleh 100 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia diikuti pembawa bendera-bendera negeri oleh 333 peserta. Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI yang diselaraskan Kementerian Perpaduan Negara pula dilihat menampilkan keunikan kepelbagaian kaum termasuk pakaian tradisional, muzik dan tarian kebudayaan masing-masing. Baca Juga : Ringgit tidak lagi terkurang nilai, dijangka…
Read MoreRinggit tidak lagi terkurang nilai, dijangka cecah RM4.25 akhir tahun ini – Ahli ekonomi
KUALA LUMPUR: Ringgit tidak lagi dianggap sebagai terkurang nilai selepas melepasi paras RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan. Beliau berkata, mata wang domestik berkemungkinan besar meneruskan trajektori menaik, yang berpotensi mencecah RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini. Nilai ringgit kini dipacu terutamanya oleh dinamik pasaran, ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, katanya kepada Bernama. Baca Juga : MATRADE alu-alukan penggunaan AI bagi mudahkan urusan perniagaan Beliau berkata, pelabur asing pula mungkin terus membeli aset dalam denominasi…
Read MoreMATRADE alu-alukan penggunaan AI bagi mudahkan urusan perniagaan
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penggunaan aplikasi teknologi terutamanya kecerdasan buatan (AI) dalam urusan perniagaan. Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penggunaan teknologi merupakan satu manifestasi dokongan terhadap agenda kerajaan bagi menuju penggunaan digitalisasi dalam kalangan syarikat-syarikat di Malaysia. Sehubungan itu, beliau menyokong kerjasama antara Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (KOPROJAYA) dan Smart Meal Group Holding Sdn Bhd dalam mengetengahkan perniagaan kiosk Panas Express, sebuah konsep kedai serbaneka tanpa pekerja berteraskan kecerdasan buatan (AI). Baca Juga : Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek…
Read MoreTanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
KUALA LUMPUR: Dua anggota Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, Jumaat lepas. Berdasarkan pemerhatian di lokasi, kedua-duanya yang lengkap berpakaian skuba telah turun ke lubang itu pada 3.06 pagi dengan diawasi rapi oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain. Selaman itu dilakukan selepas JBPM mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan…
Read MoreSultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Gala 25 Tahun UiTM
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenaan berangkat ke Majlis Malam Gala 25 Tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah universiti di sini. Berangkat sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM. Majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca Juga : Lapan cedera pada hari kedua karnival London Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,…
Read MoreLapan cedera pada hari kedua karnival London
LONDON: Lapan orang disahkan cedera pada hari kedua Karnival Notting Hill, dengan lima daripadanya ditikam. Menurut polis London dalam satu kenyataan pada Selasa, dua daripada mereka yang ditikam berada dalam keadaan kritikal. Seramai 35 pegawai polis cedera dan 230 tangkapan dibuat pada isnin. Baca Juga : Dua anggota polis tertimbus ketika persiapan musnah bom stabil Tiga serangan pisau dicatatkan pada Ahad, hari pertama karnival, dengan seorang mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal. Karnival tahunan ini telah diadakan di daerah Notting Hill, London pada Isnin terakhir bulan Ogos dan Ahad…
Read MoreDua anggota polis tertimbus ketika persiapan musnah bom stabil
KLUANG: Dua anggota polis daripada Unit Pemusnah Bom dan Pensenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika sedang membuat persiapan pemusnahan bom di Jalan Tabah, Taman Sri Lambak semalam, dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, mengalami patah tulang peha kiri dan satu tulang rusuk sebelah kiri. Manakala Koperal Abdul Halim Zainal, 39, patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri. Baca Juga : Nur Humaira Syafiqah telah…
Read MoreNur Humaira Syafiqah telah ditemui – Polis
TAWAU: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, pada awal pagi Selasa. Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat remaja berkenaan. Baca Juga : 20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan “Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau…
Read More20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
KOTA BHARU: Pengalaman berada di balik tirai besi selama 20 tahun menjadi pengajaran yang memeritkan buat bekas banduan pergerakan Al-Maunah, Mohd Ramli Mahmood akibat perbuatannya yang mudah terpedaya dengan ajakan rakan mengenai ajaran tersebut. Mohd Ramli, 70, atau mesra disapa Abe Li berkata disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan, dia mengambil jalan mudah tanpa berfikir panjang menyertai pergerakan haram itu pada tahun 2000. “Saya mula menyertai Al-Maunah ketika berusia 47 tahun bersama 29 ahli yang lain sebab pada awalnya saya ingatkan pergerakan…
Read More