PUTRAJAYA: Banjir di Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk daripada tahun 2014, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berdasarkan unjuran MET Malaysia.
Fenomena air pasang besar minggu depan akan memburukkan keadaan, menyebabkan air sungai sukar mengalir ke laut. Fokus utama kini adalah Kelantan dan Terengganu, khususnya kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah yang paling terjejas.
DISYORKAN : Pernikahan luar negara tidak teratur antara faktor daftar lewat sijil kelahiran di Perlis
Kesiapsiagaan:
- 82,794 anggota dari JBPM, PDRM, ATM, APM, dan RELA dikerahkan.
- 5,107 aset darat, air, dan udara serta 30,260 jaket keselamatan tersedia.
- 8,481 PPS mampu menampung 2.1 juta mangsa.
Pengerusi daerah diberi kuasa membuka PPS tambahan jika perlu, sementara agensi dan jabatan diminta menangguhkan aktiviti di Kelantan dan Terengganu. Hotel dimohon beri keutamaan penginapan kepada petugas penyelamat.
Setakat ini, 48,858 mangsa daripada 14,853 keluarga ditempatkan di 397 PPS di enam negeri.
[…] Banjir kali ini dijangka lebih buruk dari 2014 […]