Berang cinta ditolak, lelaki tikam mati dua beranak

Seorang wanita berusia 30 tahun dan bapanya berusia 62 tahun maut ditikam oleh seorang lelaki berusia 32 tahun di hadapan lif apartmen

EORGE TOWN: Dua beranak meninggal dunia akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada hari Khamis.

Suspek berusia 32 tahun dikatakan telah menikam seorang wanita berumur 30 tahun dan bapanya yang berumur 62 tahun di depan lif tingkat bawah apartmen itu sekitar jam 1.15 tengah hari tadi.

Ketika kejadian, mangsa baru saja balik dari tempat kerja sebelum didatangi suspek, yang dipercayai bertindak menikam mangsa kerana kecewa cintanya ditolak.

DISYORKAN : Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa

Bapa mangsa cuba untuk meleraikan keadaan, namun turut ditikam oleh suspek. Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat luka tikaman yang serius.

Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis bersama pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini.

Sumber : astroawani

Related posts

Leave a Comment