CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan

Kata Novan, pencapaian CIMB disokong oleh kepercayaan pelanggannya, kerjasama dengan rakan kongsi dan pelaksanaan strategi yang berterusan di bawah pelan strategik Forward23+ CIMB, sambil kekal responsif kepada trend semasa.

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM3.42 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pencapaian separuh pertama tahun ini mencerminkan satu lagi prestasi positif bagi kumpulan. Kata Novan, pencapaian CIMB disokong oleh kepercayaan pelanggannya, kerjasama dengan rakan kongsi dan pelaksanaan strategi yang berterusan di bawah pelan strategik Forward23+ CIMB, sambil kekal responsif kepada trend semasa. Baca Juga : Pancaragam Tentera Darat buka…

Read More

Ringgit tidak lagi terkurang nilai, dijangka cecah RM4.25 akhir tahun ini – Ahli ekonomi

Mata wang domestik berkemungkinan besar meneruskan trajektori menaik, yang berpotensi mencecah RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak lagi dianggap sebagai terkurang nilai selepas melepasi paras RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan. Beliau berkata, mata wang domestik berkemungkinan besar meneruskan trajektori menaik, yang berpotensi mencecah RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini. Nilai ringgit kini dipacu terutamanya oleh dinamik pasaran, ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, katanya kepada Bernama. Baca Juga : MATRADE alu-alukan penggunaan AI bagi mudahkan urusan perniagaan Beliau berkata, pelabur asing pula mungkin terus membeli aset dalam denominasi…

Read More

MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia

MBEW 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia, Yasmeen Yasim. - Gambar MyCEB

Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) secara rasmi melancarkan Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2024 bertemakan “Business Events and Technology with Sustainability” (BEATS) yang dijangka menjadi titik tumpuan buat pakar industri dan inovator terkemuka. Acara gilang-gemilang yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia, Yasmeen Yasim ini telah menarik seramai lebih 300 delegasi tempatan dan antarabangsa. Menurut Pengarah Insentif Mesyuarat dan Sokongan MyCEB, Mohammad Isa Abdul Halim, MyCEB komited dalam menjulang misi mengangkat MBEW yang dilihat dapat mencerminkan pembentukan industri acara perniagaan di Malaysia.…

Read More

Ringgit kekal disokong dengan baik berikutan pasaran tunggu ucapan Pengerusi Fed

Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3720/3775 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3800 ketika ditutup pada Khamis

KUALA LUMPUR: Ringgit kekal disokong dengan baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila menutup minggu dagangan ini di paras 4.37 pada Jumaat. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di Simposium Jackson Hole malam ini untuk lebih pengesahan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah bulan depan. Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3720/3775 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3800 ketika ditutup pada Khamis. Baca Juga : Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia…

Read More

Dasar perbaiki kedudukan fiskal, kerangka Ekonomi MADANI beri keyakinan kepada pelabur – Amir Hamzah

Dasar memperbaiki kedudukan fiskal negara dan kerangka Ekonomi MADANI telah memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Gambar fail/BERNAMA

JOHOR BAHRU: Dasar memperbaiki kedudukan fiskal negara dan kerangka Ekonomi MADANI telah memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata ini dapat dilihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding unjuran awal sebanyak 5.8 peratus. “Apabila kita ada kerangka Ekonomi MADANI yang jelas dan semua orang boleh lihat apakah hala tuju ekonomi negara, pelabur pun nampak apa yang mereka mahu jika masuk ke Malaysia. BaCA Juga :…

Read More

Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024

Kalangan ahli ekonomi yakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 akan berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini. - Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kalangan ahli ekonomi yakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 akan berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini. Mereka berpendapat pertumbuhan KDNK akan dirangsang oleh aktiviti perindustrian yang rancak, harga minyak sawit mentah lebih tinggi, pengangguran yang berkurangan dan peningkatan perbelanjaan. Ahli ekonomi turut bersetuju ekonomi berada dalam kedudukan baik untuk berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus bagi keseluruhan 2024, dengan badan perakaunan memaklumkan, keyakinan global terhadap Malaysia meningkat dengan ketara berikutan telah mempamerkan daya tahan ekonomi yang jelas.…

Read More

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah

Fernandes (tengah) menerima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah daripada Joniston pada majlis di Kota Kinabalu semalam. - Foto AirAsia

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes menerima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atas sumbangan luar biasa beliau kepada industri pelancongan negeri. Fernandes menerima anugerah itu daripada pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, di sini, semalam. AirAsia dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas. Baca Juga : Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris – Warga Jerman Selama 22 tahun di…

Read More

ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China

ASEAN kekal sebagai rakan perdagangan terbesar China, dengan jumlah dagangan dua hala mencapai AS$546.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BEIJING: ASEAN kekal sebagai rakan perdagangan terbesar China, dengan jumlah dagangan dua hala mencapai CNY3.92 trilion (AS$546.6 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut statistik oleh Pentadbiran Am Kastam China (GAC). Daripada jumlah itu, eksport China ke ASEAN mencecah CNY2.36 trilion, meningkat 13.7 peratus tahun ke tahun, lapor agensi berita Vietnam (VNA). China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut. Baca Juga : ‘Avatar 3: Fire And Ash’ bakal…

Read More

Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Wakil daripada ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 22 Ogos ini untuk membincangkan rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan syarikat itu di Malaysia. Baca Juga : Wat Uthissak Thammo jadi tarikan pelancong, lokasi penggambaran pengantin “Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini, setakat ini, maklumat yang diterima hanya laporan daripada pihak ketiga dan bukan daripada sumber rasmi Tesla. Namun, untuk berlaku adil kepada Tesla, mereka tidak pernah berjanji untuk membuka kilang di sini,” katanya. Beliau…

Read More