KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan solidaritinya bersama Mesir dan menegaskan bahawa Kaherah berhak menolak tuduhan yang dibuat oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar dengan tegas mengecam tuduhan Netanyahu pada 2 September terhadap Mesir dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, provokatif, tidak bertanggungjawab, dan tidak wajar. “Malaysia menegaskan bahawa Mesir berhak menolak semua tuduhan yang dibuat oleh pihak Israel berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu. Baca Juga : Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen berhati-hati Kementerian itu berkata tindakan rejim Zionis Israel ini adalah…
Read MoreCategory: Malaysia
Kemas kini berita Malaysia
KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025. Dalam kenyataan pada Selasa, KPWKM memaklumkan, lima inisiatif utama itu ialah pemerkasaan institusi keluarga, pembelaan dan peningkatan profesionalisme wanita serta pemantapan dan kesejahteraan komuniti. Inisiatif utama lain ialah pembangunan keupayaan dan potensi masyarakat serta pembangunan sektor penjagaan. BACA JUGA : Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak KPWKM memaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut mengadakan Sesi Townhall…
Read MoreIsu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad. Dalam satu kenyataan di Facebook, Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan selepas mengadakan tinjauan beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan Taman Kucing Klang. Katanya, beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera oleh MBDK dan akan dibantu oleh Sime Darby dalam masa terdekat bagi keselesaan kucing-kucing yang ada berhubung isu keadaan panas di waktu petang. “Saya menghargai keprihatinan…
Read MoreWanita maut, nahas kereta, treler muatan sawit di Selama
LARUT: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah treler yang membawa muatan sawit di Jalan Taiping, Kampung Pondok Tanjong, Selama, dekat sini, malam tadi. Wanita berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.41 malam. Baca Juga : CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Read MorePancaragam Tentera Darat buka tirai perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan
PUTRAJAYA: Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (Puzida) yang diketuai Kapten Mohd Rizuan Ramzi mendahului perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini. Dimulakan dengan perarakan Kontinjen Kenegaraan seawal 8.16 pagi, ia merangkumi pembawa Jalur Gemilang besar berukuran 80×40 kaki oleh 100 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia diikuti pembawa bendera-bendera negeri oleh 333 peserta. Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI yang diselaraskan Kementerian Perpaduan Negara pula dilihat menampilkan keunikan kepelbagaian kaum termasuk pakaian tradisional, muzik dan tarian kebudayaan masing-masing. Baca Juga : Ringgit tidak lagi terkurang nilai, dijangka…
Read MoreTanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
KUALA LUMPUR: Dua anggota Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, Jumaat lepas. Berdasarkan pemerhatian di lokasi, kedua-duanya yang lengkap berpakaian skuba telah turun ke lubang itu pada 3.06 pagi dengan diawasi rapi oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain. Selaman itu dilakukan selepas JBPM mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan…
Read MoreSultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Gala 25 Tahun UiTM
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenaan berangkat ke Majlis Malam Gala 25 Tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah universiti di sini. Berangkat sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM. Majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca Juga : Lapan cedera pada hari kedua karnival London Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,…
Read MoreDua anggota polis tertimbus ketika persiapan musnah bom stabil
KLUANG: Dua anggota polis daripada Unit Pemusnah Bom dan Pensenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika sedang membuat persiapan pemusnahan bom di Jalan Tabah, Taman Sri Lambak semalam, dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, mengalami patah tulang peha kiri dan satu tulang rusuk sebelah kiri. Manakala Koperal Abdul Halim Zainal, 39, patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri. Baca Juga : Nur Humaira Syafiqah telah…
Read MoreNur Humaira Syafiqah telah ditemui – Polis
TAWAU: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, pada awal pagi Selasa. Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat remaja berkenaan. Baca Juga : 20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan “Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau…
Read More20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
KOTA BHARU: Pengalaman berada di balik tirai besi selama 20 tahun menjadi pengajaran yang memeritkan buat bekas banduan pergerakan Al-Maunah, Mohd Ramli Mahmood akibat perbuatannya yang mudah terpedaya dengan ajakan rakan mengenai ajaran tersebut. Mohd Ramli, 70, atau mesra disapa Abe Li berkata disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan, dia mengambil jalan mudah tanpa berfikir panjang menyertai pergerakan haram itu pada tahun 2000. “Saya mula menyertai Al-Maunah ketika berusia 47 tahun bersama 29 ahli yang lain sebab pada awalnya saya ingatkan pergerakan…
Read More