JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM

Zambery (dua, kiri) bersama penerima bantuan rumah bina baharu JHEV, Yuslina Yusof, (dua, kanan) di Kampung Bukit Cina, dekat Pasir Akar, Hulu Besut pada Ahad.

JERTIH: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera. Ketua Pengarahnya Mej Jen Datuk Zambery Jefry Darus berkata ia susulan kenaikan kos pengangkutan dan harga bahan binaan sementara kos pembinaan semasa iaitu RM75,000 tidak lagi relevan bagi sebuah rumah berkeluasan 750 kaki persegi. “Kita akan berbincang dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kenaikan kos pembinaan tanpa mengurangkan saiz rumah sedia ada. Baca Juga : MBEW 2024 corak masa depan acara…

Read More

El Ghazi sumbang AS$560,000 daripada bayaran Mainz kepada anak-anak Gaza

Anwar El Ghazi akan menyumbangkan EUR500,000 (AS$560,000) daripada bayaran yang diterima daripada Mainz kepada anak-anak Gaza. - Gambar Instagram

ISTANBUL: Anwar El Ghazi, pemain sayap Belanda berdarah Maghribi, akan menyumbangkan EUR500,000 (AS$560,000) daripada bayaran yang diterima daripada Mainz kepada anak-anak Gaza, menurutnya pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mainz atas dua perkara. Pertama, atas bayaran kewangan yang besar, di mana 500k daripadanya akan digunakan untuk membiayai projek bagi kanak-kanak di Gaza,” kata El Ghazi di X. “Saya berharap Mainz, walaupun berulang kali gagal untuk mengelak daripada membuat bayaran yang sewajarnya, mendapat ketenangan daripada hakikat bahawa mereka, melalui saya, telah…

Read More

Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini (24 Ogos). - Gambar fail Reuters

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini (24 Ogos). Dalam satu kenyataaan yang dikeluarkan, Wisma Putra berkata, ini merupakan lawatan pertama Vieira ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 1 Januari 2023. Dalam rangka lawatan ini, Vieira akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan. Baca Juga : Jika rasa pelik dengan diri sendiri, dapatkan bantuan – Amir Jahari anggap media sosial punca masalah mental Kata Wisma Putra, kedua-dua Menteri Luar…

Read More

KUSKOP komited bangunkan PMKS, bantu tembusi pasaran antarabangsa

Ewon (kanan) melihat produk botol air pada majlis perasmian Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sdn. Bhd di Kompleks Al-Ammar, Rantau hari ini

REMBAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited membangunkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara sekali gus membantu menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang. Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata justeru pelbagai bantuan dan inisiatif disalurkan kepada mereka selain memberikan sokongan berterusan termasuk melalui pembiayaan, geran serta program pembangunan bagi mengembangkan perniagaan. “KUSKOP akan terus mewujudkan pelbagai inisiatif supaya pembangunan usahawan dapat terus diperkukuh dan kita sentiasa berbangga dengan kejayaan syarikat-syarikat PMKS tempatan termasuk Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) ini,” katanya kepada pemberita.…

Read More

Tiga pelajar hilang, perahu karam ketika hendak ke sekolah

Anggota pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja mencari tiga pelajar yang dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit, Lundu.

KAPIT: Lelaki yang hilang selepas perahu dinaiki bersama enam individu lain karam di Song, Ahad lepas ditemukan lemas hari ini. Mayat Gawing Mancha, 47, ditemukan terapung pagi tadi di Sungai Rajang berdekatan sebuah kem pembalakan, 13 kilometer di hilir lokasi kejadian tersebut. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Song menerima maklumat penemuan mayat terapung daripada orang ramai pada 6.57 pagi.Baca Juga : Pelakon terkenal Perancis, Alain Delon meninggal dunia “Pasukan penyelamat tiba di lokasi penemuan mayat pada 7.50…

Read More

Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat

Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. Tengku Hasanal bertitah, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10. “Kenyataan beliau ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau…

Read More

GPM dokong komitmen tinggi kerajaan bela rakyat Palestin, mangsa genosid

Jumaat lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM yang membawa 41 pesakit rakyat Palestin dan 86 waris mereka, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

USAHA Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa masuk mangsa kepada genosid yang berlaku di Gaza ke Malaysia untuk menerima rawatan merupakan satu manifestasi komitmen yang tinggi dan konsisten bagi perjuangan membela rakyat Palestin. Usaha ini harus didokong kuat oleh semua rakyat Malaysia khususnya aktivis NGO kerana Malaysia dilihat seolah-olah bersendirian namun terkehadapan di rantau ini bagi membela nasib rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama. Malaysia turut juga aktif dan dikenali menjadi jurucakap yang lantang bagi membela Palestin di peringkat antarabangsa dan sentiasa menggesa agar genosid…

Read More

Puteri-puteri Laksamana: Kedudukan mereka dalam sejarah Melayu

Catatan sejarah British menggambarkan orang Melayu di Perak selepas Perang Perak sebagai berada dalam "keadaan takut, lekas marah dan menyimpan kebencian." - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Beberapa bulan lepas, saya menerima berita yang saya ini mungkin daripada keturunan salah seorang tokoh besar dalam sejarah Melayu iaitu Laksamana Muhammad Amin, menerusi anak perempuannya, hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Laksamana itu adalah salah seorang daripada beberapa orang lelaki yang dituduh bersubahat untuk membunuh Residen British di Pasir Salak, Perak. Pembunuhan itu menjadi detik penting dalam sejarah negara ini, kerana ia memulakan rantaian tindak balas yang bermula dengan terhakisnya kuasa Sultan Perak dan berakhir dengan pengukuhan kuasa British ke atas negeri-negeri Melayu. Akibat penglibatannya, Laksamana Amin dihukum…

Read More

‘Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa’

Keadaan kereta dinaiki Sakinah dan dua anaknya selepas bertembung dengan sebuah MPV di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar, semalam. Gambar kanan: Sakinah bersama anak bongsunya.

KUALA KANGSAR: “Saya sempat ke lokasi kemalangan, tetapi yang tinggal hanya jasad yang sudah tidak bernyawa.” Demikian luah Khairul Rahmat Mohammed Tahir, 35, yang kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong di sini semalam. Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu mengorbankan Sakinah Kamarudin, 37, dan anak bongsu, Aisyah Qaisara Khairul Rahmat, 9, manakala seorang lagi anak perempuan mereka, Nur Safa’ Rafissah, 10, cedera parah di kepala. Baca Juga : Tipu umur anak untuk daftar akaun media sosial satu kesalahan Semasa kejadian, Sakinah…

Read More

Masjid Tanah tenggelam, banjir kilat terburuk sejak 10 tahun

Sehingga pagi ini, seramai 360 mangsa melibatkan 109 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 257 mangsa malam tadi. - Astro AWANI

MASJID TANAH: Penduduk di sekitar Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka menyifatkan banjir kilat yang melanda kawasan kediaman mereka semalam antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. Ini kerana, pergerakan air yang terlalu pantas menyebabkan ada antara mereka terkandas lebih empat jam untuk pulang ke rumah sementara menunggu air di jalan utama surut. Menceritakan hal itu, warga emas Zaiton Chain, 63, yang menetap di Taman Wira Indah, Lubok China menyifatkan bencana itu sebagai luar biasa. Baca Juga : ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China Katanya meskipun kediamannya belum dimasuki air,…

Read More