Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu – KPT

KPT memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyediakan kemudahan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid bagi pelajar dan pengajar beragama Hindu selama empat hari, iaitu pada 28, 29, dan 30 Oktober serta 1 November ini.

DISYORKAN : Aplikasi judi sebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan di sebalik peningkatan kasino di dalam poket

KPT dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa langkah ini diambil sempena sambutan perayaan Deepavali yang jatuh pada Khamis ini.

“Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan pelajar dan pengajar beragama Hindu merayakan sambutan Deepavali bersama keluarga mereka,” jelas kementerian.

Kementerian juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT, dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Sumber : astroawani

Related posts

Leave a Comment