SEPANG – Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar yang dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air, pada Selasa.
Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada jam 4.56 petang melalui pesawat AirAsia AK0076 setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka, Bangladesh pagi Selasa.
Ketibaan mereka disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili Perdana Menteri; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.
Terdahulu, penerbangan khas tersebut berlepas dari KLIA Terminal 2 pada jam 7.30 pagi tadi. Semalam, Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.
Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara. Malaysia menjadi negara kedua selepas India yang melakukan pemindahan warganya berikutan protes di Bangladesh yang telah meragut lebih 130 nyawa sejak pertengahan Julai.
Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang dimansuhkan pada 2018.
Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menyediakan bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan dan logistik.
Sumber : SinarHarian.com.my
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.
[…] Ketegangan di Bangladesh: rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air […]
Поиск в гугле