Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

PVMBG menggesa penduduk sekitar Gunung Lewotobi Laki-Laki, termasuk pelawat dan pelancong supaya mengelakkan aktiviti dalam radius tujuh kilometer dari pusat letusan. - Gambar/ AP

JAKARTA: Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, dah dinaikkan dari tahap III ke IV atau “awas” lepas letusan yang berlaku hari Ahad lalu, yang menyebabkan enam orang meninggal dunia.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) lapor letusan yang berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan tu dah jejaskan lebih 11,000 penduduk di enam kampung yang ada di tiga mukim.

DISYORKAN : Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat

Badan Nasional Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Flores Timur dalam kenyataan hari Isnin bagitau yang semua mangsa adalah dari Kampung Klatanlo di Wulanggitang.

Menurut BPBD, pihak berkuasa tempatan dah jadikan sekolah sebagai pusat pemindahan dan lanjutkan status amaran darurat selama 96 hari, dari 27 September sampai 31 Disember.

PVMBG nasihatkan penduduk sekitar Gunung Lewotobi Laki-Laki, termasuk pelawat dan pelancong, supaya elak buat aktiviti dalam radius tujuh kilometer dari pusat letusan.

Mereka juga disarankan supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap risiko aliran lahar yang boleh berlaku kat sungai yang datang dari puncak gunung, terutama masa hujan lebat.

Sumber : astroawani

Related posts

3 Thoughts to “Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki”

  1. […] Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki […]

  2. Time to take action! Get accurate business contacts for just $30 and watch your outreach expand. https://telegra.ph/Personalized-Contact-Data-Extraction-from-Google-Maps-10-03 (or telegram: @chamerion)

  3. Tired of wasting time searching for businesses? I’ll extract all the relevant contacts from Google Maps for you! https://telegra.ph/Personalized-Contact-Data-Extraction-from-Google-Maps-10-03 (or telegram: @chamerion)

Leave a Comment