JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar semasa bermain dengan kawan-kawannya di Bandar Baru Uda, Tampoi, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang wanita sekitar jam 3.51 petang. Ketika itu, mangsa bersama dua rakan lelaki lain yang masing-masing berumur tujuh dan lapan tahun sedang bermain air di tepi longkang berhampiran.
DISYORKAN : Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
“Mangsa dikatakan tergelincir dan dihanyutkan arus deras ke longkang besar dekat sebuah pasar raya. Kami telah buka pos kawalan tempat kejadian (PKTK) di lokasi dan sedang giat mencari mangsa bersama pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.
Operasi pencarian kini merangkumi kawasan sekitar longkang hingga ke sungai berhampiran. Kes disiasat di bawah kategori orang hilang, dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Inspektor Helmy Halim di talian 012-5759953.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I, KUP Nordatul Badrol Abd Rahman, berkata air ketika kejadian sedalam lapan kaki dan cuaca hujan. Pencarian dilakukan dengan kaedah search surface dari lokasi mangsa dipercayai tergelincir hingga ke Sungai Skudai, Kampung Usaha Jaya, termasuk menggunakan bot penduduk kampung untuk menyisir kawasan perangkap sampah di muara sungai.
[…] Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar […]