PUTRAJAYA: Suasana di Istana Kehakiman bertukar kecoh seketika apabila berlaku kebakaran kecil di salah satu bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Abdul Manaf Che Isa, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.45 tengah hari berkenaan insiden tersebut.
Tindakan Pantas Pasukan Bomba
Sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 bersama lima jentera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba dalam masa lima minit.
“Pasukan Keluaran Operasi mendapati bilik tersebut berbau asap akibat litar pintas,” kata Abdul Manaf ketika dihubungi.
DISYORKAN : Sean “Diddy” Combs Masih Ditahan, Ikat Jamin Ditolak Kali Ketiga
Kejadian Berlaku di Bilik Kosong
Menurut beliau, ketika kejadian, bilik perbicaraan tersebut kosong tanpa sebarang prosiding berlangsung. Pasukan bomba diarahkan melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada risiko bahaya.
Kes tersebut kini diserahkan kepada pihak penyelenggaraan bangunan untuk tindakan lanjut, manakala operasi bomba selesai sepenuhnya pada jam 1.09 tengah hari.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini, dan situasi di Istana Kehakiman kembali tenang selepas itu.