KAZAN (Rusia): Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa Malaysia tetap komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan pelbagai blok ekonomi selagi ianya bermanfaat untuk pertumbuhan negara.
Beliau berkongsi pandangan ini dalam wawancara bersama Agenda AWANI selepas Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di sini hari ini.
“Pesanan mengenai neutraliti ini sangat penting dan menjadi asas kepada hubungan diplomatik serta perdagangan kita dengan mana-mana negara di dunia ini. Kita perlu kekal berpegang kepada prinsip-prinsip yang berasaskan peraturan antarabangsa,” katanya.
Rafizi menegaskan bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah dalam mengekalkan keseimbangan dalam polisi luar negaranya.
“Masalah hanya timbul apabila kita tidak konsisten. Jika kita dilihat hanya menjalinkan hubungan dengan satu pihak, ia boleh jadi zero-sum game, di mana jika kita berpihak kepada satu sisi, sisi yang lain tidak mendapat manfaat. Namun, pendekatan kita adalah membina dan mengukuhkan hubungan dagang dengan semua,” ujarnya.
DISYORKAN : Suri Rumah Rugi Hampir RM700,000 Akibat Pelaburan Palsu
Beliau juga menjelaskan, ini tidak bermakna Malaysia menyokong sepenuhnya pandangan semua rakan dagangnya, contohnya dalam isu kekejaman Israel di Asia Barat.
“Pandangan kita tentang isu Asia Barat disampaikan dengan konsisten kepada rakan dagang kita di blok Barat, BRICS, China, dan platform-platform lain. Semakin ramai rakan, semakin berbeza pandangan mereka. Kalau hanya menjaga satu rakan, hanya hati seorang itu saja yang perlu dijaga. Tapi, apabila kita menjaga lima rakan dengan pelbagai pandangan, ia memerlukan keupayaan untuk memahami setiap pihak,” katanya.
Rafizi menyimpulkan bahawa Malaysia bercita-cita menjadi negara yang neutral dan rakan dagang yang baik dengan semua blok di dunia.
Sumber : astroawani
[…] Kecenderungan Malaysia kepada BRICS tidak menjejaskan keberkecualian negara […]
Untuk yang tengah cari tips menang game atau nak rebut bonus terbaru,
boleh check kat link ni: https://rjb88.com/ .
Banyak info dan tips menarik untuk bantu korang menang besar!