MELAKA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka beri jaminan kerja baik pulih lubang benam sedalam dua meter di depan Balai Polis Ayer Keroh akan siap dalam masa tiga hari.
Pengarah JKR Melaka, Mohamad Salzeli Mokhtar, berkata kejadian mendapan yang berlaku sekitar jam 3 pagi di Jalan TU2, Taman Tasik Utama, mula disedari oleh pihak balai polis berdekatan. Sebaik saja dapat maklumat, kerja pembaikan segera dijalankan.
“Hasil siasatan awal, kami dapati insiden ini mungkin berpunca daripada aliran air longkang yang mengalir melalui celah-celah pembentung yang renggang. Keadaan itu melemahkan struktur tebing dan akhirnya menyebabkan jalan berlubang,” katanya.
DISYORKAN : Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang
Sepatutnya air longkang tak sepatutnya masuk ke kawasan ini sebab ada saliran lain, tapi itulah yang jadi punca mendapan sedalam dan selebar dua meter,” kata Mohamad Salzeli Mokhtar.
Menurut beliau, tindakan segera diambil dengan menghentikan pengaliran air ke kawasan tersebut. Selain itu, pemeriksaan lebih terperinci akan dilakukan di sepanjang pembentung untuk pastikan tiada celah yang boleh menyebabkan air mengalir masuk.
Ketika ditemui di lokasi lubang benam di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, pada Sabtu, beliau juga menyatakan kerja-kerja pembaikan dilakukan secepat mungkin, terutamanya dengan keadaan cuaca yang tak menentu.
“Orang ramai tak perlu risau tentang kejadian lubang benam yang pernah berlaku sebelum ini. JKR sentiasa buat pemantauan di semua jalan di negeri ini,” tambahnya lagi.
DISYORKAN : AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, yang turut melawat lokasi kejadian, bersyukur kerana insiden jalan berlubang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Kebetulan, tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut ketika kejadian berlaku.
Beliau turut menyeru pihak berkaitan supaya menyemak semula projek pemasangan pembetung yang telah dijalankan. “Kita perlu pastikan sama ada kerja-kerja ini benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) atau tidak. Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku, bukan sahaja di negeri ini, tetapi di tempat lain juga,” katanya.
[…] Kerja baiki lubang benam depan Balai Polis Ayer Keroh ambil masa tiga hari […]