Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis

Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kemaman.

KEMAMAN: Seorang koperal polis, Faris Zahim Farizan, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad atas tuduhan mencuri enjin motosikal Yamaha RXZ pada Julai lalu.

Faris yang bertugas di Balai Polis Chukai didakwa mencuri enjin milik seorang wanita di tepi pejabat pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar jam 12.45 hingga 1.15 pagi, pada 20 Julai lepas. Dia didakwa di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara satu hingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

DISYORKAN : Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar – Abang Johari

Pegawai Pendakwa Polis, Muhammad Afif Mohd Amir, mengendalikan kes, manakala peguam Masliela Ismail mewakili Faris. Masliela merayu agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai keluarga untuk disara, dan berpendapatan rendah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM800 dengan seorang penjamin, dan sebutan semula kes dijadualkan pada 27 November di Mahkamah Majistret Kemaman.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis”

  1. […] Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis […]

Leave a Comment