Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan

Penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di Lubnan sejak 17 Sept mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan sejak 17 Sept, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkaitan siber ini kerana ia menjejaskan keselamatan, kestabilan, dan kedaulatan Lubnan.

Menurut kementerian itu, Malaysia berdiri teguh bersama Lubnan dalam krisis ini dan akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat.

Baca juga : Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa serta keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini, serta kepada kerajaan dan rakyat Lubnan.

Kami juga mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh. Setakat ini, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang memantau perkembangan secara rapat dan berhubung secara aktif dengan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian turut menggesa semua rakyat Malaysia di Lubnan agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, dan mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang masih belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri disarankan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.

Sumber : astroawani.com

Related posts

One Thought to “Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan”

  1. […] Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan […]

Leave a Comment