Mayat lelaki dibaham buaya ditemui

Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi.

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memukat ikan pada Rabu ditemukan mati akibat dibaham buaya semalam di kawasan Sungai dekat Ladang Tong Hup Kinabatangan.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menemui mayat mangsa kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam.

Pada Rabu, bilik kawalan Balai Bomba Kinabatangan menerima laporan seorang lelaki telah hilang semasa menjalankan aktiviti memukat ikan di sungai dikhuatiri dibaham buaya.

Baca Juga : ‘Alhamdulillah’ – Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu

Menurut maklumat awal pengadu, mangsa telah turun ke sungai sekitar 12.30 tengah hari untuk mengambil hasil ikan namun tidak kembali sehingga waktu petang.

Mangsa dikenal pasti sebagai Bruno Kamil Js Nahak berusia 25 tahun.

Operasi mencari mangsa telah dimulakan semalam diketuai oleh Pegawai Bomba, Ahmad Pramuja Zainadun.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses seterusnya.

Sumber : astroawani.com

https://staysundance.com

Related posts

One Thought to “Mayat lelaki dibaham buaya ditemui”

Leave a Comment