Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak

Muhammad Wan Azhar Azman (kiri) yang bekerja di sebuah restoran makanan segera membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyewa kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mencuri kereta dan memandu secara bahaya sehingga menyebabkan seorang lelaki yang berpaut pada bonet kereta tercampak dan cedera parah minggu lepas.

Muhammad Wan Azhar Azman, 20, yang bekerja di restoran makanan segera, buat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 2 Disember untuk sebutan kes, pembentangan fakta kes, dan jatuh hukuman. Pada tarikh sama, laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan diperoleh memandangkan tertuduh adalah pesalah muda.

DISYORKAN : Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Wan Azhar didakwa mencuri kereta Honda Civic milik D. Joshua Jeyaseelan, 30, di lampu isyarat Lebuh Perdana Timur, Presint 15, Putrajaya pada 23 Oktober antara jam 3.40 hingga 4 petang. Pertuduhan ini di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara minimum setahun hingga maksimum tujuh tahun dan denda.

Selain itu, tertuduh juga dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan Mohamed Jalil Iskandar, 28, rakan kongsi Joshua yang berpaut pada bonet, tercampak dan cedera parah. Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin tidak menawarkan jaminan. Muhammad Wan Azhar, yang tidak diwakili peguam, memaklumkan tiada ahli keluarga hadir di mahkamah kerana dia berasal dari Perak dan tinggal di asrama majikan di Cyberjaya.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak”

  1. […] Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak […]

Leave a Comment