Pernikahan Tidak Teratur Punca Sijil Kelahiran Lewat di Perlis
KANGAR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis mengenal pasti pernikahan tidak teratur di luar negara, seperti Thailand, sebagai punca utama kelewatan pendaftaran sijil kelahiran.
Menurut Pengarah JPN Perlis, Madihah Muhammad, kelewatan ibu bapa mengesahkan pernikahan menyebabkan anak-anak tidak mempunyai sijil kelahiran hingga usia sekolah rendah. Masalah kewangan turut menyumbang kepada isu ini.
DISYORKAN : Bunuh ibu, bapa: Tertuduh diarah jalani pemeriksaan mental sebelum jatuh hukum
Statistik menunjukkan peningkatan kes, dengan 63 permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran direkodkan pada 2024 berbanding 22 kes pada 2020.
JPN Perlis kini mengambil inisiatif turun padang ke kampung-kampung untuk menyemak dan memproses dokumen lewat bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.
[…] Pernikahan luar negara tidak teratur antara faktor daftar lewat sijil kelahiran di Perlis […]