Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut

Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo. - Foto REUTERS

SAO PAULO: Sejumlah 62 penumpang dan anak kapal terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di kawasan pinggir Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan Voepass.

Berdasarkan laman web data penjejakan penerbangan, pesawat ATR 72-500 dua enjin itu menjunam 17,000 kaki dalam masa seminit dan terhempas kira-kira 80 kilometer ke barat laut Sao Paulo.

“Dengan duka cita kami ingin memaklumkan kesemua 62 penumpang dan anak kapal dalam pesawat 2283 terkorban,” kata Voepass.

Baca Juga : Kesunyian punca wanita terjerat dengan ‘love scam

Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat 58 penumpang dan 4 anak kapal dalam pesawat berkenaan.

Pasukan kecemasan masih di tempat kejadian dan siasatan berhubung insiden itu sedang berjalan.

Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan pihak berlkuasa tempatan berhubung punca nahas.

Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo.

Ia hilang isyarat dengan pusat kawalan kira-kira 1.30 petang waktu tempatan.

Video dikongsi saksi di media sosial menunjukkan pesawat itu berlegar-legar di ruang udara, sebelum terhempas.

Sumber : astroawani.com

https://staysundance.com

Related posts

3 Thoughts to “Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut”

  1. Search Engine Index

    Hello,

    for your website do be displayed in searches your domain needs to be indexed in the Google Search Index.

    To add your domain to Google Search Index now, please visit

    https://searchregistry.net/

  2. Search Engine Index

    Hello,

    for your website do be displayed in searches your domain needs to be indexed in the Google Search Index.

    To add your domain to Google Search Index now, please visit

    https://searchregister.info/

Leave a Comment