Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat

Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot telah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS. - Foto Akaun X CENTCOM

MOSCOW: Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat kini dah tiba di Asia Barat, seperti yang dimaklumkan oleh Komando Pusat AS (CENTCOM), menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Sebelum ni, Pentagon dah umumkan yang AS menghantar kapal pembinasa, pesawat pengebom, dan jet pejuang ke Asia Barat.

Aset ketenteraan ni dijangka akan mula sampai dalam beberapa bulan akan datang, dan kumpulan “carrier strike” yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln juga sedang bersiap untuk bergerak ke kawasan tersebut, menurut kenyataan tu.

DISYORKAN : AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia

“Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom Kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot dah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS,” kata CENTCOM melalui platform X.

Pada hari Sabtu, portal Axios melaporkan, berdasarkan sumber, bahawa AS memberi amaran kepada Iran bahawa mereka mungkin tak dapat halang Israel daripada bertindak balas jika ada serangan dari Tehran.

Sebelum ni, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam, Jeneral Ali-Mohammad Naini, menyatakan bahawa Tehran akan memberi respons tegas “di luar jangkaan” terhadap Israel atas serangan terbaru di wilayah mereka.

Selain tu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, turut menyatakan bahawa Tel Aviv dan Washington akan menerima tindak balas atas tindakan mereka terhadap Iran dan barisan penentangan.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat”

Leave a Comment