KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan takziah kepada keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu, semalam.
Anwar menyatakan bahawa kemalangan tersebut sangat menyayat hati, dan beliau sendiri turut berasa sedih dengan kejadian itu.
Tiga pelajar yang terlibat, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, meninggal dunia apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang mereka tunggangi dirempuh oleh sebuah kenderaan Honda CRV yang dipandu seorang wanita.
Mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam dan diseret hampir 60 meter akibat kemalangan tersebut.
DISYORKAN : OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 – Kenanga
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental telah dibawa ke balai polis untuk memberikan keterangan.
Sumber : astroawani.com
[…] PM Anwar ucap takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan […]