Sarawak ada kemampuan, mahu jadi ‘ASEAN Powerhouse’ untuk tenaga bersih – Abang Johari

Dengan rangkaian grid elektrik, khususnya daripada tenaga boleh diperbaharui yang kukuh, Abang Johari berkata, adalah menjadi visi dan misi Kerajaan Sarawak untuk menjadikan wilayah ini sebagai hab untuk ASEAN.

KUALA LUMPUR : Sarawak mempunyai keupayaan dan aspirasi untuk menjadi ‘ASEAN Powerhouse’ dalam penyediaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menekankan bahawa negeri itu memiliki sumber tenaga yang melimpah seperti hidroelektrik, solar, dan angin, yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan tenaga yang bersih dan mampan bagi memenuhi permintaan di rantau ASEAN.

DISYORKAN : Syarikat China rugi RM2.6 juta terperdaya urus niaga Musang King

“Kita mempunyai sumber yang cukup untuk menjadikan Sarawak sebagai pembekal tenaga bersih di ASEAN, dan ini merupakan langkah penting untuk menyokong agenda kelestarian serantau,” kata Abang Johari.

Beliau turut menegaskan bahawa Sarawak sedang giat membangunkan infrastruktur tenaga hijau serta menjalankan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi merealisasikan matlamat tersebut. Menurutnya, potensi Sarawak dalam bidang ini akan membantu memperkukuhkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sumber : astroawani.com

Related posts

One Thought to “Sarawak ada kemampuan, mahu jadi ‘ASEAN Powerhouse’ untuk tenaga bersih – Abang Johari”

  1. Terbaik la artikel ni! Kalau korang nak lagi banyak tips
    atau nak tahu game mana yang tengah
    tinggi winrate, boleh check kat sini: https://rjb88.com/.
    Memang senang menang kalau tahu strateginya!

Leave a Comment