Tiada harapan temui nenek jatuh dalam lubang benam masih hidup – Polis AS

Polis berkata, operasi kini beralih daripada usaha menyelamat kepada usaha pencarian. - Gambar/ AP

WASHINGTON: Pihak kecemasan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), kini berpendapat peluang untuk menemui seorang nenek berusia 64 tahun yang terjatuh ke dalam lubang benam ketika mencari kucing peliharaannya sudah tipis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis negeri Pennsylvania, Steve Limani, memaklumkan pada Rabu bahawa operasi yang pada awalnya bertumpu kepada usaha menyelamat kini berubah menjadi misi pencarian. Polis percaya wanita tersebut memang berada di dalam lubang tersebut, tetapi dengan kekurangan oksigen serta keadaan persekitaran, mereka yakin mangsa tidak dapat bertahan.

DISYORKAN : Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga

Terjatuh Ketika Mencari Kucing
Wanita tersebut dilaporkan terjatuh ke dalam lubang yang tiba-tiba terbentuk pada petang Isnin ketika sedang mencari kucingnya yang bernama Pepper. Ahli keluarga kemudian menghubungi pihak polis beberapa jam selepas kejadian berlaku. Ketika itu, petugas kecemasan menemui cucu wanita tersebut, seorang kanak-kanak berusia lima tahun, dalam keadaan selamat di dalam keretanya.

Polis menemukan lubang di kawasan berkenaan yang bersaiz kira-kira sebesar penutup pembetung. Lubang itu dipercayai sebagai pintu masuk ke terowong lama tinggalan aktiviti perlombongan arang batu yang banyak terdapat di kawasan itu. Laporan menyebut lubang tersebut mempunyai kedalaman sekitar 10 meter dan melebar di bahagian bawah tanah.

Fenomena Lubang Benam
Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lubang benam adalah lekukan semula jadi yang berlaku apabila bahan di bawah permukaan tanah hilang atau hakis secara perlahan. Fenomena ini biasa terjadi di kawasan bekas lombong seperti di Pennsylvania.

USGS turut melaporkan bahawa lubang benam menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya AS$300 juta setiap tahun di negara itu sepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Namun, jumlah kejadian sebenar tidak dapat dipastikan kerana data mengenai insiden lubang benam tidak direkodkan secara rasmi.

Sumber : astroawani

Related posts

Leave a Comment