KOTA BHARU: Polis Kelantan akan ambil tindakan tegas terhadap rakyat Malaysia yang guna jalan haram untuk keluar masuk ke Thailand bermula 1 Disember ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kata pihaknya akan guna kuasa di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen untuk halang kes jenayah seperti penyeludupan dadah dan senjata api.
“Semua rakyat Malaysia yang nak ke Thailand tak boleh lagi lalu ‘lorong tikus’ atau jalan tak sah.
“Selama ni kita tak kuatkuasakan, jadi ramai yang ambil kesempatan guna jalan haram tanpa melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS),” katanya kepada wartawan hari ini.
DISYORKAN : Kontraktor rugi RM260,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Beliau juga maklumkan peraturan ini turut melibatkan pelajar Malaysia dan Thailand yang kerap ulang-alik antara dua negara.
“Perkara ni dah dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Gerakan Negeri sebelum ni, dan mungkin ICQS akan dibuka lebih awal untuk mudahkan urusan,” tambahnya.
Datuk Mohd Yusoff juga jelaskan semua anggota termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dah diarahkan untuk pantau dan bertindak bermula tarikh yang ditetapkan.
“Undang-undang dah sedia ada, tapi kali ni kita akan lebih ketatkan supaya semua orang guna jalan rasmi yang diwarta untuk memudahkan pemeriksaan,” katanya.
Beliau juga ingatkan, ramai sebelum ni anggap tak ada masalah guna jalan haram, tapi mulai sekarang, kalau ditangkap, boleh dikenakan denda hingga RM10,000.
“Saya nak pesan, bukan orang Kelantan saja, tapi semua rakyat Malaysia, kalau masuk negara jiran secara haram, kita akan tahan dan ambil tindakan,” ujarnya.
[…] Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan – Polis […]