Tipu umur anak untuk daftar akaun media sosial satu kesalahan

SIRAJ: Berapa ramai ibu bapa yang ciptakan akaun media sosial untuk anak-anak sedangkan garis panduan komuniti standard mana-mana penyedia sosial media telah menghadkan di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan.

SHAH ALAM: Perbuatan segelintir ibu bapa yang mendaftar akaun media sosial anak di bawah usia 13 tahun dengan menipu umur merupakan satu kesalahan.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, ia merupakan cabaran besar untuk kerajaan dalam melindungi golongan itu daripada berdaftar menggunakan platform media sosial.

“Satu cabaran paling besar oleh kerajaan adalah perkara yang telah dinormalisikan kalangan kanak-kanak bawah 13 tahun bukan hanya mereka bahkan ibu bapa itu sendiri.

Baca Juga ; Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024

“Berapa ramai ibu bapa yang ciptakan akaun media sosial untuk anak-anak sedangkan garis panduan komuniti standard mana-mana penyedia sosial media telah menghadkan di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan.

“Maksudnya ada perbuatan menipu umur anak untuk mendaftar platform media sosial.

“Ini adalah kesalahan yang patut diletakkan di bahu ibu bapa bukan kepada pihak kerajaan,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi 451 bertajuk ‘Selamatkah alam siber kita? yang disiarkan secara langsung di semua platform freemalaytoday.com pada Selasa.

Program itu dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib.

Tambah Siraj, dalam konteks penggunaan media sosial oleh kanak-kanak sememangnya di bawah dasar keluarga negara namun ia merupakan tanggungjawab besar ibu bapa.

Ujarnya, secara tidak langsung kawalan dalam rumah itu sendiri agak sukar tetapi dengan adanya tetapan undang-undang, ia akan mencipta kesedaran dalam kelompok ibu bapa.

Tambah beliau, kerajaan hari ini secara jelas bermatlamat menjamin keselamatan rakyat dalam negara.

“Aspirasi membentuk kawal selia platform media sosial itu sangat berat dan tidak semua negara mampu melaksanakannya,”

Sumber : astroawani.com

https://staysundance.com

Related posts

Leave a Comment