KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan telah mengenakan kompaun ke atas tujuh pemilik tanah di negeri ini kerana melakukan pembakaran terbuka.
Pengarah JAS Kelantan, Wan Aminordin Wan Kamaruddin, berkata setiap individu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.
Beliau menjelaskan bahawa kesemua kompaun tersebut telah dikeluarkan sejak awal Januari hingga kini di beberapa daerah di Kelantan.
DISYORKAN : Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi – Abang Jo
“Sebelum ini, JAS telah mengadakan ceramah kesedaran di seluruh negeri, termasuk di masjid-masjid sebelum solat Jumaat, terutamanya di kawasan ‘hot spot’ seperti Bachok dan Pasir Puteh,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau juga menyatakan bahawa individu yang didapati melakukan kesalahan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) (Pindaan) 2024, boleh didenda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Wan Aminordin berkata bahawa JAS telah menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) (Pindaan) 2024 pada 7 Julai yang lalu. Ini merupakan fasa pertama pindaan kepada AKAS 1974, yang memberikan penekanan kepada peningkatan nilai kompaun, denda, dan hukuman penjara bagi kesalahan berkaitan pencemaran alam sekitar
Sumber : astroawani.com
[…] Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka […]