KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang berikutan tekanan inflasi yang semakin reda serta prospek ekonomi yang lebih positif.
Bagaimanapun, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menyatakan bahawa peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat tersebut.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu turut menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada 4.25 daripada 4.42 sebelum ini. Semakan ini disokong oleh perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), dan pemulihan ekonomi di China.
DISYORKAN : Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
“Seperti yang dijangkakan, pasaran telah melakukan pelarasan dan menerima hanya dua pengurangan 25 mata peratusan oleh Fed tahun ini, susulan data tenaga kerja untuk September yang lebih kukuh daripada unjuran awal.
“Walaupun asas-asas domestik akan terus menyokong peningkatan nilai ringgit, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luar, khususnya kemungkinan penurunan ekonomi AS secara mendadak, ketidaktentuan selepas pilihan raya presiden, dan ketegangan geopolitik,” kata Kenanga.
Sumber : astroawani.com
[…] OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 – Kenanga […]