Program SejaTi MADANI dilaksana di semua kampung seluruh negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin hari ini. - Foto Bernama



KUALA KANGSAR: Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) akan melibatkan semua kampung di Malaysia untuk meningkatkan ekonomi komuniti dengan dana antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap kampung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun pelaksanaan tidak serentak, peruntukan ini diharapkan membantu kampung membuat keputusan terbaik bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.

DISYORKAN : Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu – KPT

Anwar juga meminta masyarakat kampung agar bijak menguruskan peruntukan RM1 bilion yang disediakan dalam Belanjawan 2025. Program ini dipantau oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan pegawai daerah bagi mengelakkan kebocoran dana.

Selain itu, beliau mengumumkan peruntukan tambahan RM1.3 juta untuk pembinaan jalan ladang di Ulu Kongsor, Padang Rengas, yang dijangka siap Disember 2024. Projek ini bertujuan meningkatkan akses ke kawasan dusun dan menarik pelancongan agrotourism di kawasan tersebut.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “Program SejaTi MADANI dilaksana di semua kampung seluruh negara – PM Anwar”

  1. […] Program SejaTi MADANI dilaksana di semua kampung seluruh negara – PM Anwar […]

Leave a Comment