Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar – Abang Johari

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) melihat model bangunan selepas melancarkan galeri jualan ‘Neu Pendington’ sempena Karnival UDA 2024 hari ini. - Foto Bernama

KUCHING: Sarawak mengambil langkah proaktif untuk membangunkan lapangan terbang baru dengan dana sendiri, dan ini telah menarik minat pelabur asing, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, lapangan terbang baru ini akan berkonsepkan “seamless” dengan teknologi canggih, mengambil inspirasi dari lapangan terbang Abu Dhabi dan Doha. Tujuannya adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai hab penerbangan moden dengan kemudahan digital yang memudahkan proses seperti daftar masuk dan imigresen menggunakan teknologi terkini.

DISYORKAN : Polis buru suspek utama kes culik warga China

“Konsep ini mempercepat pergerakan penumpang, menjadikannya lebih selesa untuk pelawat dan pengguna,” katanya ketika berucap di Majlis Penutup Karnival Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) 2024.

Lapangan terbang baru ini dijangka mampu menampung sehingga 15 juta penumpang, yang akan membantu mengembangkan industri perhotelan dan ekonomi tempatan. Dengan mengambil alih MASwings dan membina lapangan terbang baru, Sarawak berupaya menembusi pasaran Asia Selatan dan Timur dengan lebih tiga bilion penduduk.

Abang Johari juga menyebut bahawa Dubai telah berubah dengan pesat dalam 25 tahun, dan Sarawak pun boleh mencapai kemajuan yang sama. “Dubai hanya bergantung pada keterhubungan, sedangkan Sarawak ada tarikan semula jadi. Kita fokus bukan sahaja pada Sarawak atau Malaysia, tetapi juga peluang di peringkat global,” katanya.

Sumber : astroawani

Related posts

One Thought to “Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar – Abang Johari”

  1. […] Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar – Abang Johari […]

Leave a Comment