KUALA LUMPUR: Pengalaman memegang status ‘muflis’ atau bankrap selama hampir tujuh tahun telah mematangkan personaliti televisyen ini, membuatkan beliau tidak mudah menaruh kepercayaan, walaupun terhadap ahli keluarga sendiri atau teman rapat. Bagi Irin Putri Azmi, 41, walaupun kini beliau sudah bebas daripada belenggu ‘penjara’ tersebut, namun segala derita yang diharungi dan liku-liku kehidupan yang diibaratkannya seperti tahanan akibat tindakan individu yang amat dipercayainya, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini. “Ketika itu, saya masih muda dan naif. Saya telah membenarkan individu yang saya percayai untuk menggunakan nama saya bagi satu…
Read MoreAuthor: bbnjl
Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa – METMalaysia
KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang. “Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama. Baca…
Read MorePenyanyi rap AS Sean ‘Diddy’ ditahan berhubung dakwaan serangan
NEW YORK: Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean “Diddy” Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa). Pendakwaan dijangka didedahkan kepada umum pada Selasa, menurut Peguam Daerah Damian Williams. Combs, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Bad Boy for Life” dan “I’ll Be Missing You,” menjadi sasaran selepas beberapa tindakan undang-undang sivil dibuat ke atasnya atas dakwaan rogol dan penderaan. Baca Juga : Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta Peguam Combs, Marc Agnifilo menyifatkan tuduhan terbabit sebagai “pendakwaan…
Read MoreMayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang. “Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan. Baca Juga : Berjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan ‘carter’ persendirian “Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu,” katanya…
Read MoreBerjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan ‘carter’ persendirian
LANGKAWI: Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter (sewa khas) persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pengurus Besar (kumpulan) Berjaya Hospitality Group Pravir Mishra berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan pelancongan sejajar dengan visi syarikat untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar. Pakej ‘Fly Me Away: Rainforest Escape’ itu termasuklah penginapan selama tiga hari dua malam dengan penerbangan pergi balik. Baca Juga : Pekerja kilang maut, kereta berpusing…
Read MorePekerja kilang maut, kereta berpusing sebelum terbakar
KUANTAN: Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Sabtu. Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta Proton Saga, Abdul Halim Ali, 51, beralamat dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Baca Juga : Microsoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox Beliau berkata, wanita berusia…
Read MoreMicrosoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox
ISTANBUL: Microsoft mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox, lapor Agensi Anadolu (AA). Langkah itu diambil ketika syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menyasarkan untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”, menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita. Microsoft berkata pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja. Baca Juga : Mempamerkan bakat muda TVET melalui WSC Lyon 2024 Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung…
Read MoreMempamerkan bakat muda TVET melalui WSC Lyon 2024
SEKALUNG penghargaan dan penghormatan kepada seramai 15 bakat muda TVET yang juga tangan-tangan emas negara yang sedang berjuang di WorldSkills Competition (WSC) Ke-47 Tahun 2024 yang berlangsung di Lyon, Perancis pada 10-15 September 2024 bagi menampakkan keberadaan Malaysia di peta dunia dalam membangunkan dan melahirkan tenaga berkemahiran berkelas dunia. WorldSkills Competition atau WSC yang dianjurkan secara dwitahunan menyediakan platform untuk individu muda menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional. Penyertaan Malaysia ke WSC adalah relevan dan membolehkan Kerajaan melalui 12 Kementerian yang melaksanakan TVET membantu bakat…
Read MoreIndustri halal: Pahang, Perak bakal terima pelaburan China, pacu ekonomi negeri
SHANGHAI: Pahang dan Perak yang mempunyai kawasan khas untuk hab halal bakal menerima pelaburan besar dari China dalam sektor itu. Kawasan itu yang dalam pembangunan melibatkan penyediaan tapak pembinaan kilang atau ladang, kemudahan infrastruktur serta tenaga kerja mahir bertujuan menarik pelabur sekali gus memacu peningkatan pendapatan dan ekonomi negeri. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri menawarkan pelbagai insentif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal termasuk taman perindustrian halal, hab logistik halal dan pelabuhan pematuhan halal. Baca Juga : Bekas tukang masak bunuh Nur…
Read MoreBekas tukang masak bunuh Nur Syuhada terlepas hukuman gantung
ALOR SETAR: Bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, pada 2015 terlepas hukuman gantung sampai mati. Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Rabu memutuskan menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada penjara 38 tahun dan 14 sebatan setelah membenarkan permohonan Syarafi Abu, 34. Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan,…
Read More