LANGKAWI: Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter (sewa khas) persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Pengurus Besar (kumpulan) Berjaya Hospitality Group Pravir Mishra berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan pelancongan sejajar dengan visi syarikat untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar.
Pakej ‘Fly Me Away: Rainforest Escape’ itu termasuklah penginapan selama tiga hari dua malam dengan penerbangan pergi balik.
Baca Juga : Pekerja kilang maut, kereta berpusing sebelum terbakar
Pakej tersebut menawarkan penginapan di resort berkenaan dengan penerbangan carter persendirian dikendalikan oleh Berjaya Air Sdn Bhd yang memakan masa perjalanan selama sejam.
“Dengan perjalanan yang lebih lebih selesa dan lancar tanpa gangguan, pengembara boleh menikmati sepenuhnya keindahan Langkawi dari saat mereka memulakan perjalanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penerbangan sulung Berjaya Air ke Langkawi pada Jumaat.
Sumber : astroawani.com
[…] Berjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan 'carter' persendirian […]