Buka akaun YouTube, Cristiano Ronaldo pecah rekod dunia

Dalam masa empat jam, saluran YouTube baru yang dibuka Ronaldo telah mencecah lebih empat juta langganan

CRISTIANO Ronaldo membuka akaun YouTube miliknya malam tadi dan kurang daripada 90 minit, dia sudah memiliki lebih sejuta langganan. Ia, sekali gus, memecahkan rekod dunia langganan diperoleh terbanyak dalam tempoh sejam. Platform baru Ronaldo itu dibuat untuk memberikan peminat gambaran sekilas mengenai kehidupan yang dijalaninya bersama pasangannya, Georgina Rodriguez. Baca Juga : JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM Dalam salah satu video pertama mereka, pasangan itu mendedahkan beberapa rahsia mereka dalam permainan Mr and Mrs. Ronaldo juga berkongsi beberapa minatnya dalam video lain, dan memberikan pandangannya tentang…

Read More

Jika rasa pelik dengan diri sendiri, dapatkan bantuan – Amir Jahari anggap media sosial punca masalah mental

Menurut Amir, kurangnya ikatan terutama terhadap ibu serta pengalaman negatif pada awal usia boleh menjejaskan kesihatan sosial, emosi seta perkembangan anak-anak

PENYANYI Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan. Peranan penting ibu bapa Menurut Amir atau nama sebenar, Mohamad Amirullah Jahari, 32, kurangnya ikatan terutama terhadap ibu serta pengalaman negatif pada awal usia boleh menjejaskan kesihatan sosial, emosi seta perkembangan anak-anak Baca Juga ; Video muzik ‘Whistle’ Blackpink catat 900 juta tontonan di YouTube “Perkara ini sangat bahaya buat generasi baharu. Bagi saya Islam zaman kini hanya di kad pengenalan saja, ia adalah ilmu pengetahuan yang kita belajar…

Read More

Apakah mpox dan bagaimana untuk melindungi diri?

Ilustrasi partikel virus mpox. - Foto REUTERS/Fred Hutch Cancer Center

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu. Virus ini dipercayai berasal dari bahagian tengah dan barat Afrika namun kini telah menular ke kawasan luar benua itu. Pakistan, Sweden dan Indoneisa antara negara yang telah mencatatkan kes pertama virus berkenaan dalam kalangan penduduk. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, tindakan antarabangsa yang selaras perlu bagi memastikan penularan virus ini dapat dihentikan segara. Selain itu ia juga dapat menjamin kesihatan orang awam. Baca Juga : Tiga…

Read More

Wat Uthissak Thammo jadi tarikan pelancong, lokasi penggambaran pengantin

Phor Than Lee berkata, pada setiap tahun Wat Uthissak Thammo menerima lebih 400 pengunjung dari luar Gua Musang untuk sambut perayaan. - Bernama

GUA MUSANG: Selain menjadi tarikan penganut Buddha, Wat Uthissak Thammo Wararam iaitu wat Buddha tunggal di Gua Musang turut menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama ketika musim perayaan. Wat Buddha pertama di Malaysia dengan sembilan ‘chedi’ atau stupa Buddha di atas bumbungnya itu, menampilkan seni reka arkitek sama seperti di Thailand telah berusia lebih 35 tahun yang dibina di tapak seluas lima ekar. Wat itu turut dihiasi arca naga emas di sisi anak tangga selain mempunyai kemudahan dewan orang ramai dan ruangan Dewan Pentahbisan atau ‘ubosot’. Baca Juga…

Read More

Masyarakat disaran tidak menghakimi biologi Imane Khelif – Pakar

Masyarakat disaran tidak mempunyai stigma negatif terhadap petinju Imane Khelif atau individu lain yang memiliki persamaan fizikal seperti atlet Algeria itu. - Gambar REUTERS

KUALA LUMPUR: Masyarakat disaran tidak mempunyai stigma negatif terhadap petinju Imane Khelif atau individu lain yang memiliki persamaan fizikal seperti atlet Algeria itu. Ini kerana menurut Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Ani Amelia Datuk Zainuddin, apa yang berlaku kepada Imane dan mereka dengan keadaan biologi sebegitu merupakan kondisi semula jadi dalam perkembangan seksual yang berlaku secara genetik dan bukan disebabkan oleh pilihan atau tindakan mereka. Justeru, dalam konteks kontroversi yang berlaku kepada Imane, atlet tersebut jelas, Dr Ani Amelia, mempunyai Kromosom…

Read More