PUTRAJAYA: Luruan monsun yang bawa hujan lebat tanpa henti sekarang ni kat kawasan timur dan selatan Semenanjung dijangka berlarutan sampai hujung bulan November.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ni bagitahu, berdasarkan ramalan cuaca terkini, luruan monsun ni dijangka makin kuat antara 27 November sampai 1 Disember. Dalam tempoh tu, ada kemungkinan hujan jadi sangat lebat dan berterusan, terutama kat kawasan timur Semenanjung.
DISYORKAN : Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan – Polis
MetMalaysia katanya, sentiasa pantau keadaan cuaca dan akan kemas kini amaran hujan berterusan kalau cuaca dijangka jadi lebih teruk.
Orang ramai disarankan supaya bersedia lebih awal dan sentiasa alert dengan info, nasihat, serta amaran cuaca yang MetMalaysia keluarkan. Info terkini boleh tengok kat laman web rasmi www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial MetMalaysia.
[…] Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November […]