Lima kedai dua tingkat sederet musnah terbakar

Lima unit kedai dua tingkat di Jalan Rungkup, Sungai Tiang (berhampiran Klinik Kesihatan), Selekoh, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi.

BAGAN DATUK: Lima unit kedai dua tingkat di Jalan Rungkup, Sungai Tiang (berhampiran Klinik Kesihatan), Selekoh, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.52 malam. Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi yang jaraknya 27 kilometer dari balai. Baca Juga : Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia – NCCIM “Kebakaran melibatkan tiga unit kedai…

Read More

Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia – NCCIM

Gobalakrishnan berkata, penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia dari 22 hingga 24 Okt, 2024, mencerminkan pendekatan proaktif negara untuk mengukuhkan kerjasama dan dialog antarabangsa

KUALA LUMPUR: Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonominya dan mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama, menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). BRICS adalah pakatan antara kerajaan yang merangkumi Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu. Presiden NCCIM, Datuk Seri N Gobalakrishnan berkata, langkah itu merupakan pengaturan bermanfaat yang akan mengiringi era pemindahan teknologi maju dan perkongsian pengetahuan, penting untuk kemajuan bersama Malaysia dan negara-negara BRICS. Baca Juga : Malaysia tidak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan…

Read More

Malaysia tidak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Rusia – PM Anwar

Perdana Menteri Anwar berjabat tangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur kesembilan (EEF) di Vladivostok.

VLADIVOSTOK: Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat. Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata, Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu. “Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya…

Read More

MATRADE, CCB perbaharui perjanjian untuk pacu akses ke China

Reezal Merican berkata perjanjian yang diperbaharui itu akan membantu pengeksport Malaysia dalam menerokai pasaran baharu dan mendapatkan pembiayaan yang lebih baik.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengukuhkan komitmennya untuk meningkatkan akses pasaran ke China hari ini melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan China Construction Bank Malaysia Bhd (CCB Malaysia). Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perjanjian yang diperbaharui itu akan membantu pengeksport Malaysia dalam menerokai pasaran baharu dan mendapatkan pembiayaan yang lebih baik. “Rangkaian China Construction Bank yang meluas di China akan memudahkan hubungan perniagaan utama selain menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan kepada pengeksport Malaysia. Baca Juga : Mayat lelaki dibaham buaya ditemui “Dalam persekitaran…

Read More

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui

Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi.

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memukat ikan pada Rabu ditemukan mati akibat dibaham buaya semalam di kawasan Sungai dekat Ladang Tong Hup Kinabatangan. Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menemui mayat mangsa kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam. Pada Rabu, bilik kawalan Balai Bomba Kinabatangan menerima laporan seorang lelaki telah hilang semasa menjalankan aktiviti memukat ikan di sungai dikhuatiri dibaham buaya. Baca Juga : ‘Alhamdulillah’ – Teka-teki terjawab, Syasya…

Read More

‘Alhamdulillah’ – Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu

Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto yang jelas menunjukkan baby bump dan Syasya sedang tersenyum gembira bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.

TEKA-TEKI netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil. Baca Juga : Malaysia bersolidariti dengan Mesir, kecam provokasi Israel Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam. “Alhamdulillah,” tulisnya ringkas. Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto yang jelas menunjukkan baby bump dan Syasya sedang tersenyum gembira bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie. Selain itu, foto berkenaan juga memaparkan Syasya memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan…

Read More

Malaysia bersolidariti dengan Mesir, kecam provokasi Israel

Kementerian Luar dengan tegas mengecam tuduhan Netanyahu pada 2 September terhadap Mesir dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan solidaritinya bersama Mesir dan menegaskan bahawa Kaherah berhak menolak tuduhan yang dibuat oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar dengan tegas mengecam tuduhan Netanyahu pada 2 September terhadap Mesir dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, provokatif, tidak bertanggungjawab, dan tidak wajar. “Malaysia menegaskan bahawa Mesir berhak menolak semua tuduhan yang dibuat oleh pihak Israel berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu. Baca Juga : Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen berhati-hati Kementerian itu berkata tindakan rejim Zionis Israel ini adalah…

Read More

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen berhati-hati

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3675/3705 berbanding dolar AS, daripada 4.3550/3600 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati dan permintaan yang hambar, kata penganalisis. Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3675/3705 berbanding dolar AS, daripada 4.3550/3600 ketika ditutup semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit juga rendah berbanding beberapa mata wang utama lain memandangkan pelabur mungkin mengambil keuntungan susulan kenaikan minggu lepas apabila unit tempatan melonjak sebanyak 1.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS. BACA JUGA :…

Read More

KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama

Nancy mengadakan Sesi Townhall Inisiatif Tahun 2025 KPWKM pada Selasa bagi mendapatkan pandangan, input serta cadangan daripada pemegang taruh. - Gambar FB KPWKM

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025. Dalam kenyataan pada Selasa, KPWKM memaklumkan, lima inisiatif utama itu ialah pemerkasaan institusi keluarga, pembelaan dan peningkatan profesionalisme wanita serta pemantapan dan kesejahteraan komuniti. Inisiatif utama lain ialah pembangunan keupayaan dan potensi masyarakat serta pembangunan sektor penjagaan. BACA JUGA : Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak KPWKM memaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut mengadakan Sesi Townhall…

Read More

Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak

Menurut LGM, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024 menyebabkan tiada pembayaran akan dilakukan walaupun pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak terima bayaran IPG berdasarkan pengeluaran pada Ogos 2024.

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM). Dalam kenyataan semalam, LGM berkata kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK. “Bagi Sarawak, kadar bayaran adalah 20 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. Bagi lateks, insentif adalah 90 sen sekilogram (100 peratus KGK),” katanya. Baca Juga :…

Read More