Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini

Gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas. - Gambar fail/Konsortium Ferrylines

ALOR SETAR: Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas. “Feri tambahan akan diaktifkan semaksimum mungkin melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia. Baca Juga :…

Read More

Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan

Penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di Lubnan sejak 17 Sept mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan sejak 17 Sept, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkaitan siber ini kerana ia menjejaskan keselamatan, kestabilan, dan kedaulatan Lubnan. Menurut kementerian itu, Malaysia berdiri teguh bersama Lubnan dalam krisis ini dan akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat. Baca juga : Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat “Malaysia merakamkan ucapan takziah…

Read More

Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa – METMalaysia

Orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.

KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang. “Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama. Baca…

Read More

Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta

Siasatan awal polis mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan. - Gambar hiasan/Pixabay

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang. “Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan. Baca Juga : Berjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan ‘carter’ persendirian “Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu,” katanya…

Read More

Pekerja kilang maut, kereta berpusing sebelum terbakar

Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Sabtu.

KUANTAN: Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Sabtu. Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta Proton Saga, Abdul Halim Ali, 51, beralamat dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Baca Juga : Microsoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox Beliau berkata, wanita berusia…

Read More

Mempamerkan bakat muda TVET melalui WSC Lyon 2024

Salah seorang belia Malaysia, Muhammad Nasran Ahmad, sedang melaksanakan tugasan yang diberikan pada WorldSkills Competition ke-47 di Euroexpo, Lyon, Perancis, 11 Sept 2024.

SEKALUNG penghargaan dan penghormatan kepada seramai 15 bakat muda TVET yang juga tangan-tangan emas negara yang sedang berjuang di WorldSkills Competition (WSC) Ke-47 Tahun 2024 yang berlangsung di Lyon, Perancis pada 10-15 September 2024 bagi menampakkan keberadaan Malaysia di peta dunia dalam membangunkan dan melahirkan tenaga berkemahiran berkelas dunia. WorldSkills Competition atau WSC yang dianjurkan secara dwitahunan menyediakan platform untuk individu muda menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional. Penyertaan Malaysia ke WSC adalah relevan dan membolehkan Kerajaan melalui 12 Kementerian yang melaksanakan TVET membantu bakat…

Read More

Bekas tukang masak bunuh Nur Syuhada terlepas hukuman gantung

Pegawai penjara membawa Syarafi (tengah) yang terlepas hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Alor Setar, di sini pada Rabu.

ALOR SETAR: Bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, pada 2015 terlepas hukuman gantung sampai mati. Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Rabu memutuskan menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada penjara 38 tahun dan 14 sebatan setelah membenarkan permohonan Syarafi Abu, 34. Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan,…

Read More

Guru rugi lebih RM130,000 terperdaya skim pelaburan, pinjaman tidak wujud

Seorang guru wanita kerugian lebih RM130,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dan pinjaman tidak wujud menerusi media sosial. - Foto hiasan

KUANTAN: Seorang guru wanita kerugian lebih RM130,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dan pinjaman tidak wujud menerusi media sosial. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 28 tahun pada mulanya telah berminat menyertai skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan menerusi Facebook pada 26 Julai lepas. Beliau berkata mangsa kemudian telah memuat naik aplikasi pelaburan melalui pautan yang diberikan dan mula melabur sebanyak RM550 serta mendapat keuntungan RM400. Baca Juga : Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion “Berdasarkan keuntungan itu, mangsa mula percaya dan melabur hingga RM109,817…

Read More

Lima kedai dua tingkat sederet musnah terbakar

Lima unit kedai dua tingkat di Jalan Rungkup, Sungai Tiang (berhampiran Klinik Kesihatan), Selekoh, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi.

BAGAN DATUK: Lima unit kedai dua tingkat di Jalan Rungkup, Sungai Tiang (berhampiran Klinik Kesihatan), Selekoh, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.52 malam. Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi yang jaraknya 27 kilometer dari balai. Baca Juga : Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia – NCCIM “Kebakaran melibatkan tiga unit kedai…

Read More

Malaysia tidak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Rusia – PM Anwar

Perdana Menteri Anwar berjabat tangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur kesembilan (EEF) di Vladivostok.

VLADIVOSTOK: Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat. Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata, Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu. “Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya…

Read More