Pesawat domestik terhempas di barat laut Sao Paulo, 62 maut

Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo. - Foto REUTERS

SAO PAULO: Sejumlah 62 penumpang dan anak kapal terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di kawasan pinggir Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan Voepass. Berdasarkan laman web data penjejakan penerbangan, pesawat ATR 72-500 dua enjin itu menjunam 17,000 kaki dalam masa seminit dan terhempas kira-kira 80 kilometer ke barat laut Sao Paulo. “Dengan duka cita kami ingin memaklumkan kesemua 62 penumpang dan anak kapal dalam pesawat 2283 terkorban,” kata Voepass. Baca Juga : Kesunyian punca wanita terjerat dengan ‘love scam Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat…

Read More

Kesunyian punca wanita terjerat dengan ‘love scam’

Mohamad Mahathir berkata, suspek akan menggunakan kata-kata manis hingga mangsa jatuh cinta hanya dalam tempoh antara satu dan tiga bulan sahaja. - Foto hiasan

IPOH: Kesunyian lalu melayan individu tidak dikenali dikenal pasti antara punca utama ramai wanita berusia lebih 40 tahun mudah terjerat dengan ‘Love Scam’ meskipun sudah banyak laporan mengenainya didedahkan di media massa. ASP Mohamad Mahathir Abdullah Sapawi dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak berkata kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional seperti doktor dan pensyarah menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. “Kebiasaannya scammer ini sudah ada modus operandi iaitu menyasarkan wanita yang memiliki banyak sumber kewangan Baca Juga : Rafael Nadal sahkan…

Read More

Rafael Nadal sahkan tarik diri dari Terbuka AS

Rafael Nadal mengesahkan tidak akan beraksi di Terbuka AS bulan ini dan akan kembali bertanding di Piala Laver pada September. - Gambar REUTERS

LONDON: Rafael Nadal mengesahkan tidak akan beraksi di Terbuka AS bulan ini dan akan kembali bertanding di Piala Laver pada September, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Bintang tenis dengan 22 gelaran grand slam itu memberi bayangan selepas kegagalannya di Sukan Olimpik bahawa beliau akan melepas kejohanan utama terakhir tahun ini di Flushing Meadows. Nadal, yang pernah menjuarai Terbuka AS sebanyak empat kali, hanya beraksi sekali di sana sejak kemenangan terakhirnya pada 2019 akibat pelbagai masalah kecederaan yang dialaminya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, mencetuskan spekulasi mengenai persaraannya. Baca Juga…

Read More

Tesla batal rancangan bina kilang EV di Thailand, Malaysia, Indonesia – Laporan

Perdana Menteri Srettha Thavisin mengumumkan pada November tahun lepas bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.

TESLA dilapor membatalkan rancangan untuk membangunkan kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Thailand dan akan memberi tumpuan semata-mata kepada stesen pengecasan pantas. Menurut laporan The Nation yang memetik sumber di Government House, Thailand, keputusan itu susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember. “Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia. Baca Juga : Masyarakat disaran tidak menghakimi biologi Imane Khelif – Pakar “Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di…

Read More

Tular pandu kereta: Bapa, anak 12 tahun didakwa di mahkamah esok

Tangkap layar video tular kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan perumahan.

SEPANG: Bapa dan anak lelakinya berusia 12 tahun yang tular memandu kereta di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong di sini, akan didakwa di Mahkamah Sepang pada Rabu. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah mendapat arahan untuk pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan dilengkapkan. “Bapa kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Baca Juga : Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik terima habuan kereta mewah “Kanak-kanak itu pula didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta…

Read More

Erissa Puteri mempersembahkan lagu Ernie Zakri curi perhatian

Persembahan Erissa menerima pujian sejurus menyanyikan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakri. -Media Hiburan

PENAMPILAN penyanyi muda, Erissa Puteri Hashim yang membuat persembahan pada malam pertama International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia, pada Jumaat mencuri perhatian ramai. Menerusi acara tahunan tersebut, bekas peserta program realiti, Ceria Pop Star musim kedua yang kini berusia 21 tahun itu menerima pujian sejurus menyanyikan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakri. Rata-ratanya memuji kualiti vokal yang dimilikinya selain tak kurang yang teruja melihat perkembangan seni Erissa di dalam sepotong video yang dikongsikan kami di TikTok. Baca juga : Tengku Ampuan, Sultan Pahang cemar…

Read More

Tengku Ampuan, Sultan Pahang cemar duli ke Pesta Kuantan 188

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188, malam tadi. - Gambar Bernama

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188, di sini, malam tadi. Ketibaan baginda berdua ke menara kedua tertinggi di Malaysia itu pada 9 malam disambut paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospitality 360 Sdn Bhd, Datuk Seri Omar Naresh Mohan dan Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad. Baca juga :…

Read More

Umno menuntut pampasan RM100 juta daripada ahli majlis Rembia

https://freemalaytoday.com/

Umno akanmemulakan tindakan undang-undang terhadap Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut ganti rugi dan pampasan RM100 juta kerana berpaling tadah daripada parti itu. Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini. “Mesyuarat telah mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. Bulan lalu, Jailani…

Read More

Chegubard Telah dibebaskan daripada tahanan

Chegubard Telah dibebaskan daripada tahanan

Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang ditahan reman berhubung pendedahannya mengenai dakwaan rasuah membabitkan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibebaskan petang tadi. Peguamnya, Mohd Rafique Rashid Ali mengesahkan perkara itu kepada freemalaytoday. “Chegubard dibebaskan oleh IPD Putrajaya, pada pukul 3 petang tadi,” katanya. Menurutnya, penahanan reman tersebut yang bermula semalam berakhir hari ini dan siasatan polis adalah berkaitan Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998. Baca Juga : Ketegangan di Bangladesh: rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air…

Read More

Ketegangan di Bangladesh: rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

SEPANG – Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar yang dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air, pada Selasa. Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada jam 4.56 petang melalui pesawat AirAsia AK0076 setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka, Bangladesh pagi Selasa. Ketibaan mereka disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili Perdana Menteri; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri…

Read More