LUMUT: Polis sedang memburu tiga individu yang disyaki sebagai Ah Long kerana melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, menyatakan bahawa dalam kejadian sekitar jam 3.08 pagi itu, sembilan botol bom petrol telah dilemparkan ke arah kediaman berkenaan, menyebabkan sebuah kereta dan motosikal terbakar. “Polis menerima laporan pada 9.36 pagi semalam daripada mangsa, seorang lelaki berumur 25 tahun yang juga merupakan pekerja di sebuah syarikat kuari,” katanya. DISYORKAN : Mangsa banjir di Perak terus…
Read MoreMangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak terus meningkat pagi ini, manakala di Selangor menunjukkan sedikit penurunan, sementara Kedah kembali dilanda banjir. Di PERAK, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 231 orang daripada 77 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 136 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan bahawa dua PPS baharu telah dibuka pada 12 tengah malam tadi di daerah Hulu Perak. PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Adika Raja yang menempatkan…
Read MoreOp Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan
AYER KEROH: Tiga anak lelaki bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang ditahan dalam Op Global semalam, dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dengan bon jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang, hari ini. Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan itu selepas menerima permohonan dibuat Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (Jaim) bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 63 dibaca bersama Seksyen 62 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dijalankan. Mohd Yunus kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober ini. Baca Juga : Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga…
Read MoreOperasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini
ALOR SETAR: Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas. “Feri tambahan akan diaktifkan semaksimum mungkin melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia. Baca Juga :…
Read MoreMalaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan
KUALA LUMPUR: Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan sejak 17 Sept, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa dan mencederakan 3,300 orang. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkaitan siber ini kerana ia menjejaskan keselamatan, kestabilan, dan kedaulatan Lubnan. Menurut kementerian itu, Malaysia berdiri teguh bersama Lubnan dalam krisis ini dan akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat. Baca juga : Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat “Malaysia merakamkan ucapan takziah…
Read MoreRisiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
KUALA LUMPUR: Pengalaman memegang status ‘muflis’ atau bankrap selama hampir tujuh tahun telah mematangkan personaliti televisyen ini, membuatkan beliau tidak mudah menaruh kepercayaan, walaupun terhadap ahli keluarga sendiri atau teman rapat. Bagi Irin Putri Azmi, 41, walaupun kini beliau sudah bebas daripada belenggu ‘penjara’ tersebut, namun segala derita yang diharungi dan liku-liku kehidupan yang diibaratkannya seperti tahanan akibat tindakan individu yang amat dipercayainya, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini. “Ketika itu, saya masih muda dan naif. Saya telah membenarkan individu yang saya percayai untuk menggunakan nama saya bagi satu…
Read MoreOmbak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa – METMalaysia
KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang. “Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama. Baca…
Read MorePenyanyi rap AS Sean ‘Diddy’ ditahan berhubung dakwaan serangan
NEW YORK: Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean “Diddy” Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa). Pendakwaan dijangka didedahkan kepada umum pada Selasa, menurut Peguam Daerah Damian Williams. Combs, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Bad Boy for Life” dan “I’ll Be Missing You,” menjadi sasaran selepas beberapa tindakan undang-undang sivil dibuat ke atasnya atas dakwaan rogol dan penderaan. Baca Juga : Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta Peguam Combs, Marc Agnifilo menyifatkan tuduhan terbabit sebagai “pendakwaan…
Read MoreMayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang. “Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan. Baca Juga : Berjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan ‘carter’ persendirian “Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu,” katanya…
Read MoreBerjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan ‘carter’ persendirian
LANGKAWI: Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter (sewa khas) persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pengurus Besar (kumpulan) Berjaya Hospitality Group Pravir Mishra berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan pelancongan sejajar dengan visi syarikat untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar. Pakej ‘Fly Me Away: Rainforest Escape’ itu termasuklah penginapan selama tiga hari dua malam dengan penerbangan pergi balik. Baca Juga : Pekerja kilang maut, kereta berpusing…
Read More